20 May 2011

Bercuti bersama keluarga



Pada zaman ini, ibubapa terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Anak-anak pula dimanjakan dengan pemberian gajet-gajet elektronik seperti PSP dan PS3. Minda anak-anak boleh menjadi tumpul dan lebih teruk lagi anak-anak akan terjebak dengan pelbagai masalah sosial atas kurangnya sokongan moral keluarga.

Oleh itu, percutian bersama keluarga matlah penting dan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Ini adalah kerana ingin memwujudkan satu ruang komunikasi yang selesa kepada setiap ahli keluarga untuk melontarkan segala masalah. Selain itu, bercuti juga dapat melepaskan tekanan samaada di pejabat ataupun di sekolah.

Tips mudah merancang percutian

1. Bajet
Amat penting kerana bajet meliputi kos tempat tinggal, makanan, beli belah, dan tiket masuk ke tempat-tempat menarik.

2. Penginapan
Sekiranya anda mempunyai keluarga yang kecil, memadai dengan menyewa sebuah bilik hotel bersaiz deluxe atau family room. Tetapi, sekiranya keluarga anda besar (lebih dari 6 orang) adalah lebih menjimatkan sekiranya anda mencari penginapan jenis apartment. Ada unit apartment yang menyediakan tempat memasak dan sekiranya kemudahan ini ada, ia akan menjimatkan lagi bajet makan anda sekeluarga.

Dinasihatkan tempahan penginapan perlu dilakukan seawal yang boleh supaya tidak 'full booked' nanti. Sekurang-kurangnya tempahan dibuat sebulan lebih awal.

3. Lokasi
Terdapat banyak destinasi menarik di Malaysia. Pilih yang mana anda suka dan rancang perjalanan anda sekeluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...