08 June 2012

Tempat Percutian Di Malaysia - Pulau Langkawi

Pulau Langkawi (Langkawi Island)


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.



Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi)


   


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...